0
Klinik Bahasa Melayu Tulisan Rumi (PDF)
Belajar Bahasa Melayu dari kosong hingga boleh membaca menulis dan berual.
ผู้เขียน Latifah Muhi
e-books(PDF) ?179.00 บาท
เนื้อหาโดยสังเขป

Buku ini sesuai dengan orang yang berminat Bahasa Melayu kerana isinya malai dari mengenal huruf konsonan vokal sampai boleh membaca dan berbual.

สารบัญ

KATA PENGANTARi
KANDUNGANiii
TANDA – TANDA SEBELUM MEMBACAv
STEP 11
-Huruf-huruf Konsonan Bahasa Melayu Tulisan Rumi2
-Huruf-huruf Vokal Bahasa Melayu Tulisan Rumi3
-Vokal + Konsonan10
-Konsonan + Vokal + Konsonan11
-Konsonan + Konsonan + Vokal12
-Catatan13
STEP 214
-Posisi Vokal15
-Gabungan 2 suku kata16
-Catatan22
STEP 323
-Gabungan konsonan24
-Catatan26
STEP 427
-Diftong28
-Catatan33
STEP 534
-Vokal Campuran35
-Catatan40
STEP 641
-Perbuatan / Kata Kerja42
-Kata Sifat44
-Buah-buahan dan sayur-sayuran45
-Binatang46
-Nama Tempat47
-Pekerjaan48
-Hari49
-Bulan-bulanan50
-Bilangan 51
-Jadual Kebanggaan52
STEP 755
-Cuba Membina Ayat56
-Perbualan : Kawan Baru59
-Biodata Pelajar60
-Catatan61
STEP 862
-Terima Kasih Alak63
-Kaya Tetapi Bodoh66
-Catatan69
BIODATA PENULIS
RUJUKAN

ข้อมูลเพิ่มเติม

KATA PENGANTAR
Alhamdulillah dengan rahmat dan hidayat Allah SWT. dapat saya mempunyai idea menyusun sebuah buku yang dicita-citakan. Buku Klinik Bahasa Melayu Tulisan Rumi dikumpulkan dari pengalaman mengajar penulis selama 3 tahun. Saya yakin buku ini dapat menjadi panduan tahap pertama bagi orang yang berminat dan cinta Bahasa Melayu, selain itu buku ini sesuai dengan guru-guru yang ingin mengajar Bahasa Melayu kepada kanak-kanak dan pelajar-pelajar di sekolah. Seterusnya, saya akan menceritakan teknik-teknik yang digunakan bersama buku ini.
Teknik pertama : Ujian sebelum belajar, pengajar bagi pelajar membaca cerita yang ada di STEP 8 pilih hanya 1 halaman sahaja. Jika pelajar membaca salah pengajar tidak usah menegur, berikan masa untuk pelajar membacakan sampai habis. Tujuan ujian ini supaya pengajar dapat mengkaji vokal atau konsonan yang mana pelajar tidak kenal atau tidak dapat menyebut dengan bunyi yang tepat.
Teknik kedua : Mengajar STEP 1, satu langkah demi satu langkah, cara mengajar penulis sudah menjelaskan di setiap halaman. STEP 1 adalah dasar bagi Bahasa Melayu Tulisan Rumi yang membuat pelajar dapat membaca dan menulis, oleh itu guru harus menunggu dan memberi masa kepada pelajar untuk mengenal dan mahir dalam menyebut bunyi-bunyi dengan tepat. Apabila tamat STEP 1 guru harus menguji pelajar, iaitu menyuruh pelajar menulis di halaman catatan. Caranya guru cuba membaca suku kata atau kosa kata yang sudah belajar di STEP 1, yang penting guru harus sebut suku kata atau kosa kata dengan bunyi yang jelas dan tepat untuk memudahkan bagi pelajar menulis.
Teknik ketiga : Sebelum mengajar STEP 2, guru harus membaca kosa kata yang ada di STEP 6, iaitu bermula dengan kata kerja 100 perkataan. Pelajar akan membaca ikut guru setiap kali sebelum belajar sehingga pelajar dapat tamat STEP 5. Tujuan dalam membaca kosa kata ini supaya melatih lidah dan dapat ingat dengan sendiri tidak usah menghafaz. Selain itu, pelajar cuba memahami ayat dari kata kerja yang ada.
Teknik keempat : Setelah beberapa minggu berlepas, pengajar menyuruh pelajar membaca kosa kata bersama erti dalam Bahasa Thai sendiri, kemudian pengajar cuba test kata-kata dengan menyuruh pelajar bagi tahu erti perkataan – perkataan yang pengajar sebut, pada masa yang sama pelajar harus catat jumlah yang dapat dijawabkan dalam jadual kebanggaan. Buat seperti ini setiap kali sebelum mengajar STEP 6 – STEP 8. Jadual kebanggaan diadakan untuk mengetahui jumlah kosa kata yang pelajar ingat, adakah bertambah atau berkurang.
Teknik lima : Pengajar memberi pelajar membaca STEP 7 – STEP 8, di sini melatihkan pelajar untuk mahir dalam membaca ayat dan cerita, pada masa yang sama guru cuba bagi pelajar terjemahkan maksud dalam Bahasa Thai atau menceritakan apa yang faham dari ayat atau cerita yang dibaca. Setiap cerita ada beberapa kosa kata bersama erti dalam Bahasa Thai untuk membantu pelajar dalam terjemahan atau membuat kefahaman.
Dari teknik pertama sampai teknik terakhir, itu sekadar pengalaman mengajar penulis sahaja, guru-guru atau peminat Bahasa Melayu boleh ubah suai dengan kebolehan pelajar-pelajar. Akhir ini, saya ucap ribuan terima kasih kepada Jurusan Bahasa Melayu, Universiti Fatoni dan pelajar belajar tambahan yang dapat menjayakan Buku Klinik Bahasa Melayu Tulisan Rumi ini. Penulis harap buku ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan siapa saja yang membacanya.Isi kandungan buku berwarna untuk membantu peminat Bahasa Melayu senang dalam membaca.

คำนิยม
Buku ini, ditulis oleh kerana termuncul soalan
kenapa saya boleh membaca,
tetapi pelajar saya tidak boleh membaca ?
bisikan hati menjawab,
kerana saya menjadi GURU,
maka saya pandai membaca.
soalan termuncul lagi,
beberapa tahun yang lalu
saya juga tidak pandai membaca,
kenapa sekarang saya pandai membaca ?
sejak bila saya pandai ?
saya mengguna teknik yang mana ?
Sejak hari itu saya mulai mengkaji,
mengumpul teknik-teknik dan cuba menggunakan dengan beberapa orang pelajar, akhirnya berjaya.
Pada hari ini Bahasa Melayu bukan bahasa yang payah lagi, percayalah.
รายละเอียดหนังสือ
รหัสสินค้า: 5522840142689 (PDF) 81 หน้า
ชนิดกระดาษ: PDF
สินค้าที่ลูกค้ามักซื้อด้วยกัน